PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena sambutan Hari Pahlawan 2016 di Masjid Putra, di sini.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Majlis bacaan Yasin dan doa selamat itu dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai bagi memperingati perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran dan kedaulatan negara. – BERNAMA