Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Berkenan Rasmi...

TANJUNG KARANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan...

3 Sekeluarga Ditahan Miliki...

SEREMBAN - Tiga wanita yang mempunyai ikatan kekeluargaan ditahan polis kerana memiliki satu...

Perkep Edar Makanan Berbuka...

KEMAMAN - Kesibukan menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan sesetengahnya mempunyai kerjaya tersendiri...

Rakyat Malaysia Jalani Hukuman...

SINGAPURA : Rakyat Malaysia, Kalwant Singh, yang dikenakan hukuman gantung menjalani hukumannya awal...

Ahmad Zahid Lakukan Lawatan Sulung Ke India

NEW DELHI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan melakukan lawatan kerja sulung beliau ke India mulai Ahad.

Menurut Wisma Putra, Ahmad Zahid dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi pada Ahad selepas menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah ke-11 di Ulaanbaatar, Mongolia, yang berakhir hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau dijadual mengunjungi Perdana Menteri India, Narendra Modi, pada Isnin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Rajnath Singh, pada hari sama.

Jadual padat menanti Ahmad Zahid pada hari akhir lawatan beliau (Selasa) dengan beliau dijangka menerima kunjungan hormat Menteri Perindustrian bagi negeri Telengana, K.T Rama Rao sebelum mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan Menteri Hal Ehwal Luar India, Sushma Swaraj dan Penasihat Keselamatan Kebangsaan India, Ajit Doval.


Beliau dijangka menamatkan lawatan ke India selepas meninjau Pusat Pemprosesan Visa Global VFS di Nehru Place.

Timbalan perdana menteri kemudian dijangka berlepas ke Sri Lanka untuk lawatan kerja dua hari pada Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori