Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tergamak Bunuh, Simen Mayat...

BUNUH dan sembunyikan mayat dalam tong plastik air sebelum disimen.Itu tindakan kejam seorang...

UMNO Tampil 70 Peratus...

KUALA LUMPUR: UMNO akan menampilkan 70 peratus muka baharu sebagai calon dalam Pilihan...

Masjid Dibakar, Muslim Kanada...

OTTAWA - Al Salam, masjid tunggal di Peterborough, Ontario dibakar 10 hari lalu...

Lelaki Temui ‘Mumia’ Duduk...

MOSCOW - Mayat seorang lelaki dipercayai meninggal dunia lapan bulan lalu ditemui dalam...

Ajar Anak Erti Susah, Kembara Dengan RM60 Sahaja!

ZAMAN sekarang ni kalau nak berjalan-jalan, tak cukup RM1,000 dalam tangan jangan mimpilah untuk teruskan hajat tersebut.

Namun demi mengajar erti kesusahan dan kehidupan terhadap anak lelakinya, seorang bapa dari China, Pu Wei hanya membekalkan sebanyak 100 yuan (RM60).

Ia untuk kegunaan diri dan anaknya sendiri sepanjang penggembaraan 700 kilometer dari Xi’an ke Lanzhou, baru-baru ini.

Penggembaraan selama tiga hari itu langsung tidak mengeluarkan sesen duit pun bila mana mereka menumpang dan bekerja sebagai tukaran untuk makanan dan tempat tinggal.

Dalam kembara itu, mereka bertemu dengan seorang pemandu trak yang dikenali sebagai Song yang membenarkan mereka menumpang di rumahnya dengan syarat mereka perlu membantunya mengangkut barang.

Ajar Anak Erti Susah, Kembara Dengan RM60 Sahaja!

Ajar Anak Erti Susah, Kembara Dengan RM60 Sahaja!

Kembara anak beranak itu secara keseluruhannya memperlihatkan mereka berjaya menumpang sebanyak 12 kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.


Dalam perjalanannya itu, Pu Wei tidak menafikan ramai pemandu tidak berani menumpangkan mereka atas alasan syak wasangka memandangkan kadar jenayah yang agak tinggi di negara tersebut.

Ajar Anak Erti Susah, Kembara Dengan RM60 Sahaja!

Ajar Anak Erti Susah, Kembara Dengan RM60 Sahaja!

Ajar Anak Erti Susah, Kembara Dengan RM60 Sahaja!

Namun, apa yang lebih penting buat Pu Wei, ‘percutian’ dirancangnya itu berjaya memberi 1001 pengajaran dan pembelajaran buat anaknya mengenai erti kesusahan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori