Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Bantah AS Buka...

KUALA LUMPUR - Malaysia membantah keras keputusan Amerika Syarikat membuka kedutaan negara itu...

Isu Belasah TMJ: Siasatan...

KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap Datuk Seri...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada...

Akaun FB Dedah Gaya...

BANGKOK - Akaun Facebook Xaysana Keopimpha, yang diberi jolokan oleh pihak berkuasa Thai...

Akibat Bunyikan Hon Kereta: Lelaki Cedera Ditetak

KUALA TERENGGANU – Akibat membunyikan hon terhadap pemandu yang memotong keretanya, seorang lelaki cedera ditetak dengan parang panjang dalam kejadian di Jalan Buluh Gading, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika mangsa bersama isteri dan dua orang anaknya yang menaiki Honda City dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Besut untuk menziarahi saudara mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki telah mencelah dan memotong kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang berusia lingkungan 42 tahun bertindak membunyikan hon keretanya, namun perbuatan itu mengakibatkan pemandu Perodua Kancil itu keluar dari keretanya dan menuju ke arah kereta pengadu sambil memegang sebilah parang panjang.

“Mangsa turut keluar dari kereta dan berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sehingga masuk ke dalam semak berhampiran jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Abd Aziz berkata orang ramai yang melihat kejadian itu cuba menghampiri serta membantu mangsa dan melihat kehadiran orang ramai, suspek melarikan diri dengan memecut laju menghala ke arah Batu Enam.


Berikutan insiden itu, mangsa cedera di lengan kiri akibat ditetak selain luka di kepala.

“Orang ramai telah menghubungi ambulans dan anggota polis peronda yang kebetulan tiba di tempat kejadian telah mengawal keadaan,” katanya.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang berusia sekitar 20-an dan tindakan memburu mangsa sedang dilaksanakan.

Wan Abd Aziz berkata telefon bimbit dipercayai milik suspek turut dijumpai di tempat kejadian oleh orang awam dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori