PASANGAN Akim Ahmad dan Stacy Anam yang berkahwin pada Februari lalui mengakui bahawa mereka tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa yang terdekat walaupun mereka berdua sibuk dengan tuntutan kerja.
“Kami sangat teruja dan cantiklah jika mempunyai anak dalam waktu ini kerana ia merupakan masa yang bagus bagi kami berdua. Kami hanya bergantung pada rezeki Allah dan tidak mempunyai sebarang perancangan,” kata mereka kepada portal Rotikaya.
Menurut Akim, perancangan menunaikan umrahnya yang telah dibatalkan itu mungkin mempunyai hikmah kepada mereka berdua dan berharap agar berlaku perkara yang lebih baik selepas ini.
Tambahnya, dia dan Stacy berkemungkinan akan terus menunaikan ibadah haji dan akan ke tanah suci bersama-sama pada masa akan datang.
“Mungkin selepas ini perkara yang lebih banyak akan berlaku. Semasa saya mahu menunaikan umrah sebelum ini, memang banyak perkara yang menghalang. Jadi tak mengapa.
“Selepas ini saya akan bawa Stacy untuk menunaikan haji kerana sebelum ini saya sudah menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2014 yang lalu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC