Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Thailand Adakan Pilihan Raya...

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha mengumumkan pilihan raya negara itu...

Kelindan Lori Maut, 3...

JOHOR BAHARU - Seorang kelindan lori maut manakala tiga lagi cedera parah dalam...

Rundingan Muda-PH Di Johor...

PRN JOHOR | Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sudah memulakan rundingan dengan gabungan Pakatan...

Pondok Perhentian Bas di...

Ketika di perhentian bas, anda pasti akan berasa sedikit bosan disebabkan kelewatan pengangkutan...

AlHijrah Big Studio Cyberjaya Mula Operasi Bulan Depan

CYBERJAYA – Studio rakaman penyiaran dan perfileman AlHijrah Big Studio (ABS) di sini, akan menjadi lokasi utama studio rakaman TV AlHijrah bermula 1 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar berkata studio berkeluasan 800 meter persegi itu antara terbesar di Asia Tenggara, dan akan turut dibuka untuk sewaan kepada produksi tempatan dan antarabangsa.

Sebagai permulaan, katanya bermula 1 Ogos hingga 31 Dis tahun ini, pihaknya menawarkan kadar sewa promosi serendah RM3,000 sehari selama 10 jam untuk produksi berminat menjadikan studio itu sebagai lokasi rakaman penyiaran atau perfileman.

“Kita mahu menggalakkan produksi luar terutama dari negara jiran seperti Singapura untuk menggunakan studio kita kerana mereka banyak mengeluarkan kandungan Islamik untuk pasaran di Barat,” katanya.

AlHijrah Big Studio Cyberjaya Mula Operasi Bulan Depan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian penyerahan studio rakaman itu dengan kontrak sewaan selama 12 tahun, antara Cyberview Sdn. Bhd. dan AlHijrah Media Corporation, di sini hari ini.

Izelan berkata dengan pembukaan ABS, TV AlHijrah juga berhasrat menerbitkan 30 program baharu menjelang hujung tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebagai antara 10 negara pengeluar program kandungan Islam di dunia.


“Kita turut mengeksport program kita ke luar negara, dengan setakat ini dianggarkan terdapat 11 juta penonton di seluruh dunia.

“Selain itu, kita juga mempunyai 400,000 pelanggan berbayar yang menonton program kita melalui portal alhijrahmedia.com,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Datuk Faris Yahaya berkata penyertaan ABS di Cyberjaya mampu menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kreatif di bandar itu.

“Industri kreatif antara sembilan teras dikenal pasti dalam proses transformasi Cyberjaya sebagai sebuah hab teknologi global. Saya yakin Cyberjaya menyediakan segala diperlukan TV AlHijrah untuk mengukuhkan keberkesanan operasinya di ABS,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori