Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KPM-UTC Perluas Kerjasama Program...

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperluas kerjasama dengan Pusat Transformasi Luar Bandar (UTC)...

Musim Haji Imbau Nostalgia...

GEORGE TOWN - Setiap kali musim haji, pasti Mokhtar Osman, 92, akan teringatkan...

Ini Cara Abadikan Foto...

MAYBANK merupakan salah satu 'jenama bank terbaik' di negara dan sejak dari kecil...

Pukulan K.O Jojo Dalam...

BANGKOK : Peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakarkan penampilan...

AlHijrah Big Studio Jenama Baharu Cyberjaya

KEMUNCULAN AlHijrah Big Studio (ABS) di Cyberjaya bakal memulakan momentum baharu ke arah melengkapkan atmosfera bandaraya digital nasional itu.

ABS akan mula beroperasi 1 Ogos ini sebagai studio pelbagai platform dengan fokus utama bagi memacu industri perfileman dan penyiaran program secara langsung di televisyen.

Berkeluasan 800 meter persegi, ABS antara studio terbesar di Asia Tenggara. Selain studio utama, lokasi ini turut memuatkan studio berkembar yang berkeluasan 250 meter persegi. Studio B ini akan menjadi studio rakaman program TV AlHijrah.

ABS akan mula dibuka kepada seribu tetamu eksklusif sempena Rumah Terbuka TV AlHijrah pada 2 Ogos. Senarai tetamu strategik ini mewakili operator TV, produser filem dan drama serta promoter majlis dijangka hadir meraikan Aidil Fitri serta melihat potensi kerjasama pihak industri berkepentingan dengan ABS.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. TV AlHijrah selaku operator ABS turut mengundang 28 menteri kabinet serta ketua-ketua pengurusan organisasi strategik.

“Kami yakin, ABS akan menyelesaikan masalah utama industri penyiaran yang kekurangan studio siaran langsung program berskala besar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.


Pada majlis yang sama, Izelan akan mengumumkan kadar harga sewa runtuh ABS. Kadar promosi itu dijangka berakhir 31 Disember ini.

AlHijrah Big Studio Jenama Baharu Cyberjaya

Pada 3.00 petang 26 Julai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengadakan lawatan ke ABS. Lawatan kerja itu turut ditemani Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Yusof Nor. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori