Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Bersenam Kerana Kurang...

KUALA LUMPUR - Kaji selidik yang dijalankan oleh Cilisos.my dan Fitness First keatas...

Pesawat GT500 Microlight Terhempas...

JASIN - Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di...

Cari Ketam, Jumpa Mayat

KOTA KINABALU : Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi...

26 Kes Malaria Dilaporkan...

HULU TERENGGANU: Sebanyak 26 kes malaria dilaporkan di Terengganu bagi tempoh lima bulan...

Aliran Trafik Ke Arah Utara Perlahan Setakat 6 Petang

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilapor perlahan ke arah utara berikutan jumlah kenderaan yang meningkat setakat 6 petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd, trafik mula perlahan dari Taiping menuju Bukit Merah dengan lorong kanan terhalang akibat kemalangan di Km 194.9 arah ke utara yang berlaku pada pukul 5.41 petang.

Di Jambatan Pulau Pinang iaitu dari arah pulau menuju Perai dan seterusnya ke Permatang Pauh, trafik juga dilaporkan perlahan, katanya kepada Bernama.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 bergerak lancar dan terkawal di kedua-dua arah.

Beliau berkata kebanyakan aliran lebuh raya utama di sekitar ibu negara pula dilapor bergerak perlahan.


“Trafik bergerak perlahan di susur keluar Jalan Tun Razak serta dari Jalan Duta menuju susur Jalan Kuching dan dari Setiawangsa ke MRR2 pada sebelah petang,” kata jurucakap itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori