Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Bergaul Mesra Dengan...

KUALA LUMPUR - Entah mengapa portal berita propembangkang dilihat berusaha untuk menyelamatkan bekas...

DAP Bantah Malaysia Sertai...

KUALA LUMPUR - DAP selaku parti yang mendominasi Pakatan Harapan membantah keras Malaysia...

Tasik Kenyir Kekal Pusat...

KUALA BERANG – Status Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai tidak akan menghalang...

RM137.218 Juta Jualan Usahawan...

KOTA KINABALU - Nilai jualan terkumpul usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)...

Aliran Trafik Keluar Dari Ibu Negara Terkawal

KUALA LUMPUR – Aliran trafik keluar dari ibu negara masih dalam keadaan terkawal setakat 10 pagi walaupun di beberapa kawasan kenderaan mulai bergerak perlahan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik menghala ke Pantai Timur sedikit perlahan di terowong Genting Sempah dan di sekitar Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong.

Trafik ke arah utara mulai perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai manakala trafik ke arah selatan tanah air dilaporkan lancar pagi ini.

Beliau berkata kenderaan dijangka mulai bertambah secara berperingkat disebabkan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung awal sebelum sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi.


Bagi maklumat trafik terkini, orang ramai boleh menghubungi talian bebas LLM di 1800-88-7752 atau PLUS di 1800-88-0000, atau melayari laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik atau www.twitter.com/plustrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori