Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Raja Perlis Seru Pemimpin...

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru pihak kepimpinan negeri...

Didenda Kerana Berbogel, Seks...

LEBIH 70 orang didenda kerana berbogel atau melakukan hubungan seks di tempat awam...

MCMC Terajui Pelaksanaan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) memperlihatkan penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi...

Selepas Rayan, Adik Haidar...

KABUL : Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terjatuh dalam lubang perigi di...

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ke Kuala Lumpur dilapor bergerak perlahan petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 6 petang, trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) perlahan dari arah utara bermula dari Terowong Menora menuju Sungkai, dari Alor Setar menuju Gurun dan Sungai Petani menuju Tikam Batu.

Trafik turut perlahan dari laluan Perai ke Jawi, Bukit Merah ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng, Tapah ke Sungkai, Bukit Beruntung ke Rawang dan dari Rawang Selatan menuju Sungai Buloh, katanya kepada Bernama.

Aliran trafik juga dilapor perlahan di Lebuhraya Pantai Timur dari Hentian Sebelah Lanchang menuju Bukit Tinggi, selepas Plaza Tol Gambang, selepas Plaza Tol Gombak dan dari Plaza Tol Karak menuju Bentong.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori