Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peniaga Didenda RM8,000 Jual...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM8,000...

Syabas Lewat Keluar Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memaklumkan...

Lenovo Vibe X2 Hadir...

Lenovo baru-baru ini bersempena dengan IFA 2014 telah memperkenalkan salah satu telefon pintar terbaru...

Kerajaan Benar Bincang Isu...

KANGAR: Perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum dan hemp bagi tujuan perubatan akhirnya mendapat...

Amboi… 50 Ekor Si Comel Pun ‘Tak Sabar’ Balik Kampung

ALAHAI comelnya! Dalam kesibukan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menyambut hari raya puasa, kucing juga nampaknya tidak ketinggalan untuk turut serta!

Itulah yang berlaku kepada 50 ekor kucing yang dapat pulang beraya bersama tuan mereka, Rosnani Sulaiman dari Semenyih, Selangor ke Machang, Kelantan.

Sebagai pencinta kucing yang tegar, Rosnani pastinya tidak mahu meninggalkan haiwan peliharaan kesayangannya dan memilih untuk membawa semua kucingnya itu pulang bersama.

Gambar Rosnani dan kucing-kucing yang dalam perjalanan pulang turut menarik perhatian ramai hingga menjadi viral sebaik sahaja dimuat naiknya oleh wanita itu.

Mana tidaknya, penuh satu kereta Rosnani dengan kucing-kucingnya itu. Ada yang bebas, ada juga yang dikurung dalam sangkar.

13494897_1617776545202642_3214485384580680633_n 13592444_1617776458535984_2691789787368965548_n 13600210_1617776625202634_9185399823670080329_n


Rata-rata memuji usaha Rosnani dan berharap dia bersama kesemua kucingnya selamat tiba di destinasi.

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana wanita ini mampu menguruskan kesemua kucingnya di dalam kereta untuk tempoh yang lama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori