Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Militan: Pasukan Keselamatan Bertukar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis...

PAN ‘Auta’ Media, Azmin...

KUALA KANGSAR - Bagi petugas media, maklumat tepat bukan sahaja penting untuk liputan,...

11 Ditahan Tipu Jual...

KUALA LUMPUR - Sebelas suspek kes penipuan jual beli tanah melibatkan kerugian berjumlah...

11 Calon Dikenal Pasti...

KUALA LUMPUR – Seramai 11 calon dikenal pasti untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai...

Anak Che Ta Dilantik Jadi Duta Produk Mini Me

POPULARITI yang dikecapi anak kepada pasangan selebriti terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana ternyata membawa tuah buat dirinya sendiri.

Buktinya, pelbagai pihak berminat untuk memilihnya sebagai duta produk.

Anak Che Ta Dilantik Jadi Duta Produk Mini Me

Terbaharu, Aaisyah dilantik sebagai duta rangkaian produk mandian organik bayi dan kanak-kanak, Mini Me.

Dalam pada itu, ibu kepada Aaisyah, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, meluahkan rasa syukurnya apabila anaknya diberi peluang dilantik menjadi duta produk.

“Alhamdulilah, sebagai ibu kepada Aaisyah, saya rasa bangga apabila anak saya dilantik menjadi duta produk Mini Me selama setahun.

“Kami telah membuat kajian terlebih dahulu tentang produk ini dan sudah mencubanya.

“Dengan keunikannya yang tersendiri, produk ini sememangnya sangat bagus dan bebas kimia, seterusnya membuatkan kami bersetuju untuk menerima tawaran pihak Mini Me,” katanya.

Anak Che Ta Dilantik Jadi Duta Produk Mini Me
Illi Nadiah (paling kiri), Zain Saidin, Aaisyah, Rozita Che Wan (Tengah), Hasliza Idris.

Anak Che Ta Dilantik Jadi Duta Produk Mini Me

Sementara itu, salah seorang pengasas Mini Me iaitu Hasliza Idris Shaari mengakui pihaknya memilih Aaisyah selaku duta produk kerana populariti dan kecomelan yang dimiliki oleh anak selebriti itu.

“Faktor utama pemilihannya adalah kerana populariti yang ada pada Aaisyah. Bukan sekadar popular, Aaisyah turut mewarisi kecantikan ibu bapanya selain kini sibuk menjadi model cilik.


“Oleh itu, kami percaya bahawa pemilihan produk amat penting bagi Aisyah demi memastikan kesihatan dan kecantikan kulitnya terus berkekalan,” kata Hasliza.

Bagaimanapun, Hasliza dan pihak Mini Me enggan mendedahkan jumlah bayaran yang diterima Aaisyah namun mengakui ianya setimpa dengan populariti yang dimiliki si cilik itu.

Bercerita mengenai produk itu, seorang lagi pengasas Mini Me iaitu Illi Nadiah Ibrahim berkata, produk ini berasaskan ekstrak minyak pati bunga chamomile dan geranium, minyak kelapa dara dan aloe vera.

Anak Che Ta Dilantik Jadi Duta Produk Mini Me

“Berbeza dengan kebanyakan produk lain, Mini Me bebas dari bahan kimia berbahaya dan sesuai digunakan seisi keluarga dan amat berkesan merawat kulit bayi yang sensitif,” katanya dalam majlis pelancaran Mini Me di Flora Terrace @Hampshire Place, Kuala Lumpur, petang tadi.

Mini Me yang merangkumi empat produk iaitu Sugar Baby Top To Toe Wash, Awesome Lotion, Super Safe Mozzy Cream dan Bestie Balm telah dipasarkan pada  Februari 2016.

Kesemua produk ini boleh didapati di outlet-outlet tertentu seperti SBU Shah Alam atau menerusi laman sesawang www.gominime.com dengan harga RM45 setiap satu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori