Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Radhi Mat Din Calon...

ALOR SETAR - Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din diumum sebagai calon...

Berjaya Beli Rumah Dengan...

MEMBELI kediaman sendiri memerlukan masa untuk mengumpul wang tetapi berbeza dengan wanita dari...

CRV Capai Sasaran Jualan...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd mendapatĀ 1,400 tempahan bagiĀ All-NewĀ CR-VĀ generasi kelimaĀ dalam semingguĀ selepas pelancarannya...

Jailani Agih 11 Ekor...

HULU TERENGGANU - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari hari ini...

Nak Jadi Pengemis Jawatan Ke? Soal Azmin Kepada Saari

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menegur Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib di Twitter dengan bertanya sama ada dia ingin menjadi pengemis untuk jawatan Exco.

“@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke,” tulis Azmin di laman Twitternya.

Kenyataan di Twitter itu ditulis selepas Saari dipetik sebagai berkata bahawa Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu menjelaskan mengapa beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan ‘politik istana’ dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada wakil dari PKR, DAP dan PAS walaupun Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu.

PAS masih mempunyai tiga wakil dalam exco kerajaan negeri kerana kerjasama antara PAS-PKR.

Saari berkata isu di Selangor bahawa kerajaan harus diterajui majoriti Melayu tetapi Azmin hanya memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu daripada 11 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang itu berkata Azmin perlu meninggalkan PAS dengan menegaskan parti itu tidak lagi boleh diperbaiki.


Saari berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam reaksi balas di Twitter menyeru Saari dan Azmin supaya melakukan ‘gencatan senjata’.

Seorang lagi pengguna Twitter berkongsi foto Saari dan Azmin berjabat tangan pada majlis rumah terbuka Hari Raya pada Sabtu dengan Saari mengucapkan terima kasih kepada Azmin kerana hadir.

Saari keluar daripada PAS dan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar pada 2014 selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori