Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengesahan Cap Jari Lindungi...

APLIKASI WhatsApp yang dimiliki Facebook sedang menguji kemas kini ciri baharu untuk Android...

Jangan Salahkan Pilihan Rakyat...

PUTRAJAYA - Rakyat tidak patut disalahkan dalam membuat pilihan pada pilihan raya kecil...

Kerajaan Negeri Dinasihatkan Jangan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri dinasihatkan agar tidak memilih pelabur yang hendak datang...

Tempoh Reman Ibu Bapa...

PORT DICKSON - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman sepasang...

Anggota Bomba Pulangkan RM30K Kepada Pemilik Kedai

JOHOR BAHRU – Bukan sahaja menjalankan tanggungjawab memadam kebakaran di sebuah kedai, seorang anggota bomba Hairul Mat Nin bertindak memulangkan wang tunai RM30,000 yang ditemuinya kepada pemilik premis tersebut.

Hairul, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menemui sejumlah wang tunai itu di dalam sebuah kedai dua tingkat di Jalan Tanjung, Taman Penggawa Barat.

Beliau antara 16 anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kebakaran kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemilik kedai memberitahu terdapat sejumlah wang disimpan di tingkat atas dan meminta kami untuk menyelamatkannya jika boleh.

“Apabila memasuki kedai itu yang masih terbakar, saya menuju ke tingkat atas dan menjumpai sejumlah wang tunai dalam mata wang asing dan tempatan yang tersimpan di antara dokumen, buku dan perabot di ruang tamu,” kata bapa kepada dua anak ketika ditemubual di sini pada Sabtu.

Hairul berkata adalah menjadi kebiasaan anggota bomba terjumpa wang tunai atau barangan berharga semasa memadam kebakaran tetapi wang tunai yang ditemui Jumaat lalu merupakan antara nilai terbesar pernah dijumpai.

“Pemilik premis memberi kepercayaan kepada saya untuk mencari wang tunai itu.

“Kami perlu mengembalikan kepercayaan ini dengan memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya.

“Walaupun ia tugas sukar untuk memadam kebakaran terutama pada bulan Ramadan, apabila melihat senyuman pemiliknya ia sesuatu yang tidak ternilai,” katanya.


Hairul yang berkhidmat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat selama 14 tahun memberikan wang tersebut kepada komander operasi jabatan itu, Khairul Azhar Abdul Aziz dan mereka bersama-sama memulangkannya kepada pemilik premis, Teo Kian Yong.

“Kami memuji sikap dan kejujuran Hairul dalam memulangkan wang dan menjaga nama baik jabatan ini.

“Kami berharap semua anggota bomba boleh melakukan perkara yang sama,” kata Khairul Azhar.

Kedai tersebut yang menjual peralatan sembahyang musnah dalam kebakaran.

Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori