Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cari Ketam, Jumpa Mayat

KOTA KINABALU : Seorang pencari ketam terkejut selepas menemui mayat terdampar di tepi...

Sidang Dewan Rakyat Ke-13...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat ke-13 ditangguhkan pada tengah hari ini, menamatkan...

Anwar Nafi Wujud Usaha...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ada usaha digerakkan...

Polis Banteras Aktiviti Judi...

MIRI - Polis berjaya membanteras aktiviti perjudian empat digit dalam talian di Lawas,...

Polis Dijumpai Mati Dengan Kesan Tembakan Di Dada

KOTA KINABALU – Seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal dijumpai mati di sebuah blok apartmen di Cyber City, di sini dengan kesan tembakan di dada pagi tadi.

Mayat anggota polis berusia 31 tahun yang berasal dari Johor itu dijumpai terbaring di ruang tamu rumahnya di tingkat dua apartmen berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai bunyi tembakan di situ pada pukul 9.40 pagi.

“Sebaik tiba, polis mendapati mayat lelaki yang terbaring itu ialah anggota polis berusia 31 tahun dan terdapat kesan tembakan di dada,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Salehhudin siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin pergaduhan antara suami isteri berikutan masalah keluarga.

Mengikut maklumat awal katanya, berlaku pergelutan antara suami isteri berkenaan dan mangsa mungkin tertembak ketika pergelutan itu berlaku.


Katanya sepucuk pistol jenis ‘steyr’ dijumpai di lokasi kejadian dan mayat telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Katanya isteri mangsa, seorang suri rumah sepenuh masa, akan diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa mempunyai dua anak, masing-masing perempuan berumur lima tahun dan lelaki berusia tiga tahun yang kedua-duanya berada di rumah ketika kejadian berlaku. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori