Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Rompin Rampas 1.84kg...

ROMPIN - Polis daerah Rompin merampas 1.84 kg heroin bernilai kira-kira RM50,000 dalam...

Pertandingan Foto Dapat Sambutan...

PUTRAJAYA - Pertandingan Foto Hari Kebangsaan 2015 hasil inisiatif Timbalan Menteri Pendidikan, P....

Krisdayanti Pesan Supaya Siti...

SEBAGAI rakan baik dalam industri hiburan, penyanyi terkenal dari Indonesia, Krisdayanti turut mendoakan...

Maut Selepas Terlalu Gembira...

MALANG tidak berbau, seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari sebuah...

Maut Tertembak Rakan Setugas Secara Tak Sengaja

SERDANG – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terkena tembakan secara tidak sengaja oleh rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun mengalami cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada anggota berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata anggota yang bertugas di stor berkenaan menarik picu pistol jenis ‘Walther PPK’ sebagai prosedur biasa memeriksa pistol.

“Anggota berkenaan tidak menyangka terdapat satu lagi peluru di dalam pistol berkenaan.

“Peluru pistol itu menembusi tingkap di bilik berkenaan dan terkena mangsa yang berada di luar,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata mangsa dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serdang itu berada kira-kira 70 meter dari bilik berkenaan.


“Ketika itu mangsa sedang memeriksa enjin kereta sebuah kenderaan MPV di kawasan luar,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.

Megat Mohd Aminuddin berkata pihaknya telah mengambil keterangan anggota itu dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori