GOLONGAN kafir harbi adalah seluruh orang musyrik dan Ahli kitab yang boleh diperangi atau semua orang kafir yang MENZAHIRKAN PERMUSUHAN dan menyerang kaum Muslimin.
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah menyatakan : “Kafir harbi tidak memiliki hak untuk mendapatkan perlindungan dan pemeliharaan dari kaum Muslimin.” [Huquq Da’at Ilaiha al-Fithrah Wa Qarraraha asy-Syari’at, Ibnu Utsaimin hal 16]
Mereka adalah orang kafir asli yang diperangi Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam. Baginda sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
Ø£ÙÙ…Ùرْت٠أَنْ Ø£ÙقَاتÙÙ„ÙŽ النَّاسَ Øَتَّى يَشْهَدÙوا أَنْ لَا Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‡ÙŽ Ø¥Ùلَّا اللَّه٠وَأَنَّ Ù…ÙØَمَّدًا رَسÙول٠اللَّه٠وَيÙÙ‚ÙيمÙوا الصَّلَاةَ ÙˆÙŽÙŠÙؤْتÙوا الزَّكَاةَ ÙÙŽØ¥Ùذَا ÙَعَلÙوا Ø°ÙŽÙ„ÙÙƒÙŽ عَصَمÙوا Ù…ÙنّÙÙŠ دÙمَاءَهÙمْ وَأَمْوَالَهÙمْ Ø¥Ùلَّا بÙØَقّ٠الْإÙسْلَام٠وَØÙسَابÙÙ‡Ùمْ عَلَى اللَّهÙ
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka telah melakukannya, bererti mereka telah menjaga jiwa dan harta mereka dariku (Muhammad sallallahu alaihi wa sallam) kecuali dengan (alasan-red) hak Islam serta hisab mereka diserahkan kepada Allah” [HR al-Bukhari]
Golongan ini diperangi, apabila dia atau negaranya telah menampakkan atau menyatakan perang terhadap kaum Muslimin atau kaum Muslimin terlebih dahulu mengumumkan perang terhadap mereka setelah orang-orang kafir ini menolak ajakan kepada Islam.
Perlu diketahui, TIDAK SEMUA KAFIR HARBI DIPERANGI. Dalam banyak hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam melarang membunuh orang yang tidak ikut perang seperti anak-anak, wanita, orang-orang tua, lumpuh, orang yang penakut atau ketakutan, pendeta dan orang buta.
Kemudian Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah menjelaskan bahawa 7 golongan ini tidak boleh dibunuh kecuali dengan salah satu dari 3 sebab berikut:
a. Mereka memiliki peranan dalam pemikiran dan pengaturan strategi
b. Apabila mereka ikut berperang
c. Memberikan dorongan semangat kepada para tentara musuh untuk berperang.[Syarhu al-Mumti’ 8/27]
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan: “Apabila hukum asal dari peperangan yang disyariatkan itu adalah jihad dan tujuannya adalah menjadikan agama ini seluruhnya untuk Allah Azza wa Jalla dan meninggikan kalimah Allah Azza wa Jalla sehingga menjadi yang tertinggi, maka orang yang menghalang-halangi harus diperangi.
Sementara orang yang tidak memiliki kekuatan untuk menghalangi atau berperang, seperti wanita, anak-anak, pendeta (rahib), orang tua, buta dan lumpuh serta sejenisnya, mereka ini tidak boleh dibunuh menurut jumhur Ulama, kecuali jika mereka mengambil bahagian dalam peperangan, baik dengan perkataan atau perbuatannya.
Walaupun sebahagian Ulama ada yang memandang boleh membunuh secara keseluruhan disebabkan kekufuran mereka semata kecuali wanita dan anak-anak kerana mereka adalah harta (ghanimah) bagi kaum Muslimin. (Tapi) pendapat yang benar adalah pendapat pertama. [as-Siyasah asy-Syar’iyyah Fi Islahi ar-Ra’i wa ar-Ra’iyah, Ibnu Taimiyah hlm. 165-166]
bersambung.. [Kafir Harbi Yang Mendapatkan Jaminan Keamanan]