Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Berada Di...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Amerika Syarikat untuk...

Anwar Sering Kritik Dr....

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Tun...

Padah Makan 54 Batang...

CUACA masa kini kadang-kala tidak menentu. Ada masa panas, ada masa sejuk, ada...

Warga Emas Gagal Dapat...

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000...

APMM Temukan Mayat Lelaki Warga Thailand Terapung Di Laut

ALOR SETAR – Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemukan terapung di dalam laut kira-kira 1 batu nautika dari muara Kuala Kedah kira-kira 8.47 pagi ini.

Mangsa dikenali Mr Chaloemchai Khoikam, 24, berasal dari Suratani, Thailand ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata mayat mangsa lengkap berpakaian dan turut menemukan dokumen milik mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke jeti Jabatan Perikanan Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin dalam kenyataan berkata tiada unsur jenayah pada mayat mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori