Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MB Pahang Berbasikal Pulang...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, pulang ke...

Ribut Kencang Di Utara...

NEW DELHI – Ribut kencang yang melanda utara India meragut se­kurang-kurangnya 47 nyawa,...

Ibu Tunggal Dera Anjing...

MELAKA - Seorang ibu tunggal yang didenda mahkamah kerana mendera dua ekor anjing...

Coronavirus Tak Jejas Jualan...

MANADO - Daging kelawar masih menjadi makanan kegemaran di beberapa wilayah di Indonesia...

Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

SESUAI dengan langkah pertama menjadikan Cyberjaya spot kandungan Islamik, TV AlHijrah menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah & Sahabat dan Mini Konsert Mahabah sempena Majlis Jamuan Hari Raya pada 2 Ogos ini.

20 artifak Rasulullah dan para sahabat akan menjadi Pameran Eksklusif buat tatapan 1000 tamu jemputan. Sebagai perkongsian umum, penonton akan dapat menyaksikan dokumentari khas mengenai artifak ini yang akan disiarkan sempena Hari Raya Haji nanti.

Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

Selain pameran artifak, Mini Konsert Mahabah akan turut mengisi acara sempena memperkenalkan AlHijrah Big Studio (ABS). Konsert khas ini akan dirakamkan untuk siaran pada tarikh diumumkan kelak.

Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

Caravan of Praise yang terkenal dengan aplikasi selawat unplugged diketuai Andy Flop Poppy akan mengetuai senarai sepuluh artis persembahan.

TV AlHijrah secara rasmi mengambil alih bangunan ABS pada 1 Ogos ini. Fokus utama kewujudan studio ini bertujuan menjadikan Cyberjaya sebagai hab utama perfileman tempatan dan serantau.


Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

ABS juga akan berfungsi sebagai studio rakaman serta lokasi siaran langsung program TV berskala primier.

Krew ABS kini agresif menyiapkan keperluan bagi Majlis Jamuan Hari Raya yang turut mengundang Menteri Kabinet, kepimpinan GLC, operator stesyen TV, produser, selebriti serta tetamu jemputan khas dari Kanada, India, Indonesia dan Singapura. – MYNEWSHUB.CC

Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori