Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

JBPM Bersiap Sedia Jika...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan lokasi penempatan...

Nazir Akan Temui SPRM...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak berkata, beliau...

Suspek Kes Bunuh Jadi...

BANGKOK - Seorang wanita cantik Thailand yang pernah menjadi suspek utama kes pembunuhan...

Gangguan Seksual: Guru Boleh...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan tidak akan teragak-agak memecat seorang guru yang dikatakan...

Astro Disaran Maklum Caj Dan Perubahan Harga Pakej

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali televisyen berbayar Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) diminta agar bersikap telus dengan menyatakan dengan lengkap harga pakej program, caj penalti dan sebarang perubahan harga yang dikenakan kepada pelanggannya.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata Astro tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan harga pakej atau meletakkan caj atau penalti tersembunyi sehingga menyebabkan pengguna merasa tertipu.

“Saya berpendapat kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak tegas dengan menyiasat isu ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“SKMM pada tahun lepas pernah mengeluarkan kompaun terhadap Astro kerana melanggar Peruntukan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang pengguna Astro yang memuat naik status di laman Facebooknya pada 29 Jun lepas dengan mendakwa dia dikenakan caj penalti yang tinggi oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan langganannya.

Pengguna itu mendakwa Astro mengeluarkan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila beliau ingin menamatkan langganan, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM360.

Mohd Yusof berkata selain daripada caj atau penalti tersembunyi, Astro juga perlu mempertimbangkan untuk memberi rebat atau pengurangan caj langganan sekiranya berlaku gangguan siaran (tiada audio dan visual) akibat cuaca buruk.


“Astro harus berlaku adil kepada pelanggannya kerana apabila mereka melakukan kenaikan taraf untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, pelanggan perlu menukar set lama dekoder mereka kepada yang baharu iaitu Astro B.yond termasuk piring satelit,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzmi Johan berkata isu mengenai rungutan pengguna mengenai caj atau penalti tersembunyi yang dikenakan Astro bukan perkara baharu.

“Pihak SKMM perlu bertindak tegas terhadap Astro kerana pelanggan akan menerima pelbagai promosi agar menambat pakej langganan mereka tetapi apabila mahu mengurangkan pakej program atau menamatkan perkhidmatan, pelanggan perlu membayar pula yang sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, SKMM perlu mengeluarkan satu garis panduan agar penyedia saluran televisyen berbayar itu tidak bertindak seperti memerangkap pengguna dengan pelbagai caj tersembunyi tersebut, kata Nadzmi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • astro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori