Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teknik Pancing Elektrik 261...

TAWAU - Pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan teknik mencuri elektrik secara pancing yang...

24 Daripada 31 Mangsa...

KOTA KINABALU - Pihak berkuasa telah mengenal pasti 24 daripada 31 mangsa bot...

Amukan Gadis Myvi: Pemandu...

MASIH ingatkah anda, video viral amukan sekumpulan gadis Myvi terhadap seorang pemandu teksi...

Portfolio Baharu Ke Arah...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap portfolio Menteri...

Azan Dilaung Hagia Sophia Kali Pertama Selepas 81 Tahun

ISTANBUL – Buat pertama kalinya dalam 81 tahun, seorang muazin akhirnya berjaya melaungkan azan di dalam Hagia Sophia, antara monumen paling ikonik di kota raya terbesar Turki, Istanbul.

Azan dilaungkan dari dalam muzium tersebut mulai 2 Julai, menurut laman portal Russia Today (RT). Sejak empat tahun lepas, azan dibenarkan berkumandang hanya dari menara-menara di muzium itu.

Namun muazin melaungkannya dari sebuah bilik solat, bukan dari dalam Hagia Sophia itu sendiri. Bulan lalu, Turki membenarkan Al-Quran dibacakan di dalam Hagia Sophia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

IMG_20160705_042656 IMG_20160705_042651

Setiap hari, saluran televisyen tempatan Turki, Diyanet TV menyiarkan visual ulama-ulama Turki membaca Al-Quran di dalam muzium itu pada waktu sahur, lapor agensi berita antarabangsa AFP.

Langkah tersebut bagaimanapun dibantah oleh Greece apabila sebuah parti pembangkang utama di negara itu, New Democracy, menyifatkan langkah Turki itu sebagai “provokatif dan tidak munasabah”.

“Langkah pihak berkuasa Turki menjadualkan tilawah Al-Quran di Hagia Sophia pada bulan Ramadan merobahnya kepada fungsi sebagai sebuah masjid secara sepenuhnya buat pertama kali dalam 80 tahun.

hagia1


“Ia satu tindakan provokatif dan tidak munasabah, dan menunjukkan sikap tidak menghormati penganut Kristian Ortodoks di serata dunia,” kata Penyelaras Ehwal Luar dan Pertahanan parti itu, Dora Bakoyannis.

Pandangan ekstrem tersebut turut dikongsi Ketua Sektor Ehwal Luar, Ioannis Kefalogiannis dalam kenyataan secara bersama pada ketika itu, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak kerajaan Greece sendiri.

Hagia Sophia, yang bermaksud ‘Hikmah Suci’ dalam bahasa Greek, dibina sebagai sebuah gereja Byzantine pada abad ke-6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 apabila tentera Uthmaniah menakluki Istanbul.

Ketika itu bandar raya tersebut dikenali sebagai Constantinople. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniah dan Turki dibangunkan sebagai negara moden sekular, masjid tersebut ditukar menjadi sebuah muzium pada 1935.

Pada Mei lalu, ribuan penduduk Muslim berhimpun secara aman di pekarangan Hagia Sophia untuk menuntut hak mereka untuk menunaikan solat di dalam bangunan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori