Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiga Individu Bebas Tuduhan...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga...

Sokong Kerajaan Berhemah Demi...

BATU KURAU – Rakyat diminta memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada...

Budak 9 Tahun Tembak...

GARA-GARA berebut alat kawalan pemain video, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun telah...

Mahu Kerajaan Persekutuan Adil...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang berharap kerajaan persekutuan bersikap adil dalam...

PAS Kembali Kepada Pakatan: Azmin Puji Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kelihatan seperti sudah berpakat, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamad Azmin Ali hari ini mengeluarkan kenyataan yang memuji-muji Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor memuji kononnya Tuan Ibrahim sebagai tokoh PAS yang hebat selepas Timbalan Presiden PAS itu terlebih dahulu membuat kenyataan supaya PAS kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.

“Kenyataan ini mencerminkan ketokohan Timbalan Presiden PAS sebagai seorang pemimpin politik yang matang dan berpengalaman serta memiliki visi yang jauh dengan meletakkan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan kepartian.

“Pendirian baru yang dikemukakan oleh PAS memberikan harapan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan semua parti pembangkang,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini mengejutkan ramai ahli dan penyokong PAS apabila menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP.

Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam sunyi ‘ menegaskan PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa.

Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.


Kenyataan Tuan Ibrahim itu merupakan satu tamparan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sering menjadi bahan kritikan dan cacian pemimpin Pakatan Harapan.

PAS disingkirkan daripada gabungan pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana PAS enggan tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam kerana dilihat boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

DAP dan PKR kemudian bertindak menubuhkan Pakatan Harapan selepas membubarkan Pakatan Rakyat bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang yang turut dianggotai PAN yang dipimpin oleh beberapa bekas pemimpin PAS.

Bekas pemimpin PAS terbabit yang diketuai bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menubuhkan PAN bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan baharu parti pembangkang dibawah penguasaan DAP.

Mohamed Azmin pemimpin Pakatan Harapan kelihatan paling terdesak dengan situasi buruk yang sedang melanda pakatan pembangkang hingga terpaksa mengumumkan pemberian bonus khas raya kepada seluruh kakitangan kerajaan Selangor bulan lalu.

Beliau dilihat ramai pihak bimbang jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas berdasarkan kekalahan teruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar serta Sungai Besar baru-baru ini. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori