PELAKON dan pengacara Azura Zainal, 35, mengakui dia masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun.
Azura juga memberitahu bahawa dia masih belum puas menjalankan kerjayanya sebagai pengacara program travelog dan masih mahu meneruskan segala aktiviti lasak yang digemarinya.
“Saya masih belm bersedia untuk ada anak kerana saya sayangkan kerjaya dan suka melakukan aktiviti lasak. Jika ada anak, saya perlu bahagikan masa dengan anak pula.
“Banyak lagi benda yang saya mahu lakukan, saya masih belum puas. Beri saya setahun dan saya akan fikirkan soal anak,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, dia juga bersyukur kerana tidak menerima sebarang tekanan dari kedua belah keluarga berkenaan soal cahaya mata.
Azura berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Brazil, Cristiano Genuino Da Silva pada penhujung tahun 2013. – MYNEWSHUB.CC