Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Iye Ke TAKDA Asas...

Para pemimpin pentadbiran lalu secara berterusan menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan. Harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta" - kata Guan Eng.*Oh? Tak berasaskan fakta ke?**Habis itu, ini senarai apa?*

Kematian Akibat Denggi Meningkat...

PUTRAJAYA - Jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara bagi enam bulan pertama...

Manifesto BN Akan Tampil...

MUAR - Barisan Nasional (BN) akan menampilkan manifesto mesra orang muda pada pilihan...

Gempar NGO Asing Beri...

SEJAK beberapa hari lepas gempar di media sosial sedutan rakaman forum di Washington...

SS Amherst Perlu Diapung Untuk Kajian Sejarah Pahang

PEKAN – Tan Sri Dr. Rais Yatim menyarankan bangkai kapal dagang ‘SS Amherst’ yang ditemui di dasar Sungai Pahang di Kampung Tanjung Benut di Paloh Hinai awal Mei lalu diapungkan bagi membolehkan pihak berkuasa mendalami sejarah negeri ini.

Penasihat sosio budaya Kerajaan itu berkata, kajian itu sekaligus boleh mengukuhkan lagi catatan sejarah yang merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.

“Adanya bukti seperti itu boleh mengukuhkan lagi catatan sejarah di negeri ini, bagaimana megahnya Sungai Pahang itu sehingga ia boleh dijadikan sebagai punca perdagangan dan boleh dilalui kapal sehingga lebih dari 200 batu (321km) pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak bangkai kapal itu di Paloh Hinai di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berhasrat mengemukakan cadangan pengapungan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam masa yang, katanya beliau bersama pihak berkaitan akan membuat kajian menyeluruh berhubung penemuan bangkai kapal dagang itu termasuk kos bagi kerja-kerja mengapungkan kapal itu.


“Kami akan membuat perkiraan kosnya dan jika kos berpadanan dengan nilai sejarah dan nilai warisan (negara), maka kita akan usahakan…pentingnya penemuan bangkai kapal dagang ini diambil kira,” katanya.

Penemuan kapal dagang yang didakwa berusia lebih 200 tahun milik British itu dilaporkan media pada 4 Mei lepas berikutan paras air Sungai Pahang yang semakin cetek akibat fenomena El Nino yang melanda negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori