Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Wanita Maut Dilanggar Keretapi...

JOHOR BAHARU - Seorang wanita maut dilanggar dan diseret kereta api ketika sedang...

Warga Emas Dikhuatiri Lemas...

MELAKA - Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas gagal pulang setelah keluar memancing...

KeTTHA Bangun Silibus Teknologi...

KOTA BHARU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengambil inisiatif membangunkan...

KPWKM Kaji Cadangan Wajibkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji cadangan mewajibkan...

Banjir Di Yan: 166 Mangsa Dipindah Ke 4 Pusat Pemindahan

YAN – Empat buah pusat pemindahan dibuka sejak malam tadi bagi menempatkan 166 mangsa daripada 42 keluarga di empat buah kampung di sini yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Yan, setakat pukul 2 pagi tadi, pusat pemindahan yang beroperasi termasuk Surau Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, dan Surau Nurul Huda di Guar Chempedak serta Surau Kampung Lubuk Boi di pekan Yan.

Beliau memberitahu Bernama hari ini pusat pemindahan di Surau Teroi Bukit dibuka sejak pukul 9.30 malam dan menempatkan 100 mangsa daripada 25 keluarga, manakala di Masjid Titi Teras pula mula dibuka pada pukul 10 malam yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Di Surau Nurul Huda Batu 18 1/2, pusat pemindahan beroperasi sejak pukul 9 malam yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, manakala Surau Kampung Lubuk Boi yang dibuka pada pukul 10 malam, menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori