BAPA mendiang pelakon Heath Ledger, Kim Ledger akhirnya buat pertama kali membuka mulut memberikan kenyataannya berhubung kematian anaknya, lapan tahun lalu.
Aktor yang popular dengan filem 10 Things I Hate About You dan Brokeback Mountain itu meninggal dunia akibat penyalahgunaan bahan terlarang.
Menurut Kim, kematian Heath itu adalah merupakan kesalahannya sendiri.
“Ia memang salah dia sendiri. Tiada sesiapa pun yang memaksanya mengambil bahan terlarang. Dia sendiri yang mendekatinya. Tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan melainkan dia sendiri.
“Ianya sangat sukar diterima pada mulanya sebab saya sangat sayangkannya dan benar-benar bangga dengan pencapaiannya (dalam bidang seni),” katanya memetik Daily Mail Australia.
Heath ditemui mati tertiarap di apartmen mewahnya di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2008 akibat penyalahgunaan ubat tahan sakit dan pil tidur.
Kim menyalahkan kesibukan kerja anaknya menjadi punca Health tidak mempunyai masa untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara berterusan.
“Heath sentiasa terbang ke sana sini. Ia sangat sukar memandangkan dia sentiasa berada dalam keadaan yang perlu sentiasa bersedia untuk perform. Dia sentiasa tidak mempunyai masa untuk berehat,” ujarnya lagi.
Heath anak kelahiran Perth, Australia mempunyai seorang anak perempuan Matilda, hasil hubungan intimnya dengan aktres Michelle Williams.
Matilda yang kini berusia 11 tahun menetap di Brooklyn, AS, bersama Michelle. – MYNEWSHUB.CC