Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

48 Jam Berakhir Petang...

KUALA LUMPUR - Kelibat Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol masih...

Tengku Abdullah Timbang Keputusan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad...

Pahang Mula Langkah Kanan...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Pahang bermula dengan cemerlang pada aksi pembukaan Piala...

Jangan Ambil Mudah PRK...

ROMPIN - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya...

Bas Ekspres Ada Alat Pengehad Kelajuan Menjelang 2020

IPOH – Semua bas ekspres di negara ini akan dilengkapi alat pengehad kelajuan menjelang tahun 2020 sebagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron berkata pemasangan alat tersebut dapat memastikan bas ekspres hanya bergerak pada had kelajuan 90 kilometer (km) sejam.

“Kita telah minta semua bas yang baru dikeluarkan dan didaftarkan agar dipasang alat tersebut mulai Januari tahun depan.

“Untuk bas-bas lama kita memberikan tempoh lima tahun atau menjelang 2020 semua bas akan ada alat pengehad kelajuan kerana ia melibatkan kos,” katanya dalam sidang media mengenai sistem integrasi bersepadu agensi penguat kuasa di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengulangi seruannya terhadap syarikat-syarikat bas ekspres untuk memasang alat pengehad kelajuan dalam bas mereka.

Liow menegaskan syarikat mempunyai masa setahun untuk mematuhinya atau berdepan penggantungan.

Ketika diminta menjelaskan cara dan mekanisme alat tersebut akan berfungsi, Nadzri berkata ia sedang diteliti dan dikaji oleh pihaknya.

“Mungkin kita akan bagi bonus (bergerak laju) 10 peratus (daripada 90km/jam) bila ia ingin memotong sebelum masuk semula ke lorong yang dibenarkan,” katanya.


Ketika ini had laju kebangsaan bagi kenderaan berat di lebuh raya adalah 80 hingga 90km/jam, manakala bagi jalan persekutuan dan negeri adalah 70 hingga 80km/jam.

Selain itu, Nadzri berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) akan membantu JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk membangunkan satu sistem bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil secara bersepadu.

Katanya ketika ini JPJ menggunakan sistem perkomputeran mySIKAP dalam menjalankan operasi penguatkuasaan jalan raya, manakala PDRM dan SPAD mempunyai sistem masing-masing.

“Oleh itu, persetujuan telah dibuat supaya sistem sedia ada yang dilaksanakan secara masa nyata (real time) ketika ini dipertingkatkan khususnya prosedur menyenarai hitam pemandu, pemilik dan kenderaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori