BINTANG kelab Manchester United, Bastian Schweinsteiger menamatkan zaman bujang dengan mengahwini wanita idamannya iaitu pemain tenis Serbia, Ana Ivanovic, Selasa lalu.
Pasangan itu memilih lokasi di Palazzo Cavalli, Venice, Itali untuk mengabadikan momen bahagia dengan dihadiri ahli keluarga serta sahabat baik mereka.
Bastian, pemain kebangsaan Jerman itu kemudian berkongsikan foto mereka sebaik sah bergelar suami isteri dengan kapsyen, ‘Mr. & Mrs.’ di laman makro Twitter miliknya.
Bastian, 32, dan Ana, 29, mula berkenalan dan bercinta sejak September 2014. – MYNEWSHUB.CC