Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sarawak Cadang Polisi Baharu...

KUCHING - Sarawak akan memperkenalkan polisi baharu untuk menggalakkan pemain industri balak di...

Golongan Berada Digalakkan Bantu...

BAGAN SERAI - Mufti Perak Tan Sri Harunssani Zakaria hari ini meluahkan kekesalan...

MCA Tak Gentar Pertandingan...

KOTA BHARU - MCA tidak gentar untuk berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan...

Celcom: Pelan Akan Dilancarkan...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd dijangka akan melancarkan lebih banyak pelan pada...

Bayi 11 Bulan Mangsa Difteria Meninggal Dunia

SUNGAI PETANI – Bayi berusia 11 bulan, Muhammad Rusyidi Rizky Amdin, yang sebelum ini kritikal akibat jangkitan difteria di Kuala Muda, di sini, meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan ibu mangsa, Zalifah Hussin, 40, yang memaklumkan bayinya itu menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi, selepas disedari tidak bernafas di rumah mereka di Flet Paya Nahu, di sini.

“Seperti biasa saya akan bagi dia minum susu setiap jam 2 pagi, namun pagi tadi saya cuba mengejutkan arwah tetapi dia tidak memberi sebarang tindak balas dan disedari sudah tidak bernafas,” katanya ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.

Zalifah berkata, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan ceria selepas pulang dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Khamis lalu.

“Selepas keluar dari hospital dia kelihatan ceria dapat berkumpul dengan adik-beradik yang lain dan selera makannya juga seperti biasa.


“Saya tidak menyangka perkara ini berlaku kepada arwah kerana dia kelihatan sihat sahaja,” katanya.

Katanya, selepas menyedari anaknya itu tidak lagi bernafas, dia terus menyuruh anak sulungnya, Muhammad Yusri, 21, membawa mangsa dan seorang lagi anaknya, Muhammad Taufiq Iskandar, 3, yang tidak sihat ke HSAH.

Sebelum ini enam sekeluarga dari Flet Paya Nahu disahkan dijangkiti difteria dengan seorang daripadanya, Muhammad Haris Haikal, 2, yang juga abang kepada Muhammad Rusyidi, meninggal dunia. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori