Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Liputan Wi-fi Percuma Di...

KATHMANDU – Kawasan Gunung Everest dan Annapurna bakal dilengkapi perkhidmatan wi-fi percuma bermula...

Ahli Akademik Diugut, Di...

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengecam Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang...

Pasangan ‘Kaki’ Pil Kuda...

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.. itulah yang berlaku apabila sepasang...

Sultan Muhammad V Tidak...

KUALA LUMPUR - Sultan Muhammad V yang diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15...

Bayi Maut Dipercayai Tersedak Susu

BALING – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Kampung Bandar Hilir, Siong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffuddin Yusof berkata Nur Damia Nasri yang turut menghidap sakit jantung berlubang dan sindrom down meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling.

“Mangsa dipercayai terjaga dari tidur dan batuk tanpa henti dan dibawa ke hospital oleh bapanya. Doktor mendapati mangsa kebiruan dan semasa memasukkan tiub oksigen, susu telah keluar melalui mulut mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal pada pukul 10.30 pagi dan jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat.

Nasri Nayan, 47, berkata pada pukul 8.30 pagi, anaknya diberi minum susu sebelum tidur dan sejam kemudian terjaga disebabkan batuk.


“Bila saya tengok anak saya, mukanya sudah bertukar menjadi kebiruan dan keadaannya seperti kejang ketika didukung emaknya,” katanya.

Beliau berkata anaknya dibawa ke hospital dengan kereta jiran mereka.

“Dalam perjalanan ke hospital, anak saya sudah tidak sedarkan diri,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori