SEORANG lelaki dari Missouri, Amerika Syarikat, Jake Austin ternyata mempunyai hati yang mulia kerana bermurah hati membeli sebuah trak dan mengubahsuainya menjadi bilik mandi bergerak untuk golongan gelandangan di sana.
Jake yang merupakan seorang paderi membeli trak tersebut pada harga AS$5,000 (RM19,910) kemudiannya mengubahsuai rekaan dalaman trak dengan menempatkan dua bilik mandi persis hiasan dalaman hotel mewah.
Bilik mandi untuk gelandangan itu dilengkapi dengan keperluan asas mandian seperti sabun, syampu dan tuala mandi.
Dekorasi dalamannya turut menempatkan cermin panjang yang membolehkan mereka mencukur jambang dan gosok gigi bersama-sama gelandangan yang lain.
Jake berharap dengan usahanya itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan memerlukan daripada terus terpinggir di celah-celah kehidupan masyarakat di sana. – MYNEWSHUB.CC