PELBAGAI taktik dan cara orang sekarang ni untuk cari duit. Kalau buat benda yang bagus tidak apa, ni buat cara yang jahat untuk dapatkan duit haram… Menyusahkan orang pula tu.
Sila la berhati-hati sebab ini mungkin akan terjadi jika anda berhenti di mana-mana hentian atau tiada orang yang tengokkan kereta anda ketika anda pergi ke surau atau pun tandas.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Syed Putra berkongsikan pengalaman malangnya ketika dia dan keluarganya sedang bercuti untuk pulang berhari raya di Johor Bahru.
Menurut Syed, salah sebuah tayar keretanya dipercayai telah ditoreh sewaktu dia berhenti seketika di kawasan RNR Dengkil.
Cerita tengah hari tadi…
Setelah berhenti sekejap di Dengkil kerana urusan toilet Maryam, kami pun sambunglah perjalanan balik kampung ke Kempas, Johor Bahru JDT…
Malangnya, tayar kereta depan sebelah kanan telah pancit…Kami hubungi PLUS dan respond nya amat baik…
Tapi…tak berapa lama lepas tu seorang hamba Allah muncul dan offer untuk menolong kami…
Kami pun sambut dengan gumbiralah kan…
Rupa-rupanya bukan daripada PLUS… Rupa-rupanya persendirian…
Kami sudah terkena… So…akhirnya kami terpaksa beli tayar baru di Bandar Ainsdale…
Tayar kami telah ditoreh…Terserahlah kepada Allah…
Difahamkan, taktik yang digunakan penjenayah seperti ini dilaporkan sering sahaja berlaku lebih-lebih lagi ketika di musim perayaan.
Kepada orang ramai, sekali lagi diingatkan agar lebih berhati-hati dan waspada sekiranya berhenti di mana-mana perhentian dan pastikan kenderaan anda tidak parkir terlalu jauh dari pandangan anda. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Syed Putra