Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penamatan Khidmat Zakaria Sebagai...

KULAI - Penamatan khidmat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd...

Bila Masa Pulak Wartawan...

INILAH jadinya kalau tidak membaca berita dengan betul.Seorang pengguna Facebook, James Douglas Ripon...

Mohd Azlan Buru Dua...

INCHEON - Cuaca sejuk tidak menghalang atlet olahraga kebangsaan, Mohd Azlan Mohd Lazim...

Amirudin Belum Terima Surat...

SETIA ALAM - Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata beliau masih...

Bisnes Makin Stabil, Ashraf Muslim Kembali Aktif Berlakon

KEBELAKANGAN ini dapat dilihat pelakon Ashraf Muslim sudah semakin aktif dalam bidang lakonan semula selepas menyepikan diri buat seketika.

Rupa-rupanya, Ashraf memperlahankan aktiviti seninya sebelum ini untuk memberi ruang bagi mengembangkan perniagaannya terlebih dahulu.

Aktor ini mempunyai tiga cabang perniagaan iaitu menguruskan agensi umrah, syarikat produksi drama dan kelas pengajian Al-Quran.

Selepas perniagaan yang diusahakannya mula stabil baharulah aktor kacak ini ‘lega’ untuk melibatkan diri semula dalam bidang lakonan.

“Sebelum ini (saya tak aktif berlakon) kerana saya fokus pada perniagaan, yelah kita kena faham bila berniaga ni untuk permulaan nak start tu susah.

“Banyak benda yang kena belajar, so sekarang ni, bukan dah stabil 100 peratus (perniagaan) tapi dah ada team yang boleh handle dan tahu kerja masing-masing, jadi saya ambil peluang ni untuk berlakon balik,” katanya ketika ditemui Mynewshub, baru-baru ini.

Pelakon kelahiran Melaka itu juga bakal muncul dengan drama terbaru sempena sambutan lebaran Aidilfitri iaitu Gelap Yang Terang bagi mengubati rindu peminat terhadapnya.


“Lepas raya Insya-Allah saya akan terbitkan satu drama untuk RTM tajuknya Gelap Yang Terang, saya pegang watak pembantu.

“Bukan leading, supporting kot, walaupun drama sendiri,” katanya berseloroh.

Buat peminat setia Ashraf jangan lupa saksikan drama lakonannya pada Syawal ini ya! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori