Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 2/3 Ketua Bahagian...

PETALING JAYA - Seorang pemimpin PKR mendakwa lebih 2/3 ketua bahagian parti itu...

Hanya 62 Parti Politik...

KUALA LUMPUR - Hanya 62 parti politik berdaftar dan aktif di bawah Akta...

Facebook Bakal Berdepan 2...

NEW YORK - Facebook Inc. mungkin berdepan sekurang-kurangnya dua lagi siasatan di Amerika...

Kes Dadah DJ Isma...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari iaitu...

BlackDogBoneTheLegend #NaniNakKerjaKilang

LAGU Khayalan menjadi evergreen sejak dirakamkan sebagai judul album ke tiga Black Dog Bone pada 1976. Namun, lagu copyright control dari judul asal Fantasy nyanyian Earth Wind & Firee itu meletup di kalangan Gen Y apabila dinyanyikan semula dalam versi hiphop acapella oleh Rudfedge pada tahun 2002.

Black Dog Bone (BDB) merakamkan lebih 150 lagu sepanjang kewujudan mereka. Bermula dengan era emas pada 1976 hingga 1986 dengah lapan album hits. BDB menerbitkan empat lagi album pada era comeback 1996 hingga 2005.

BlackDogBoneTheLegend #NaniNakKerjaKilang

BDB dianggotai Jatt, Masron, Izzar, Hamid serta dua pemuzik Cina – James Chai dan Micheal Heng.

Bagi peminat retro era muzik funky discoteque dan lagu-lagu sentimental cinta dekad 70an tidak akan melupakan BDB. Kemunculan enam anak muda Singapura ini mengisi zaman gemilang muzik Melayu bersama sebuah lagi band lagenda Carefree.

Kehadiran kedua-dua kumpulan muzik ini merampas zaman gemilang D’Lyold, The Mercy, Favourite Group dan Discovery yang menghidupkan era irama Pop Melayu di Indonesia. Pada era itu, muzik Malaysia dikuasai genre Pop Yeh Yeh.

Apa istimewa BDB?

Wow! Tentulah banyak.

Cuma dalam siri #Legend ini, tumpuan pada lagu yang paling tak win sekali.

Judul: Nani Adikku.

Lagu ini berentak Discoteque: Irama yang mewarnai muzik rancak era 70an. Irama funky bass ini mencipta mood lantai tari zaman era groove dan retro terasa sangat ceria dan bernyawa dengan imej jolok langit!

Kalau Tidak Win Mengapa #NaniAdikku Bernilai Memori?

BlackDogBoneTheLegend #NaniNakKerjaKilang

Sebab lagu ini menceritakan seismologi geo-ekonomi dan sosio-budaya Melayu pada era itu.

Kebangkitan Malaysia sebagai negara bernilai pelaburan mula merintis jalan kepada pelabur asing. Syarikat mega dari Jepun dan Amerika Syarikat membawa masuk industri semi konduktor.

BDB dan Nani Adikku muncul pada dekad ledakan industri produk elektrikal.

Seberang Prai di Pulau Pinang dan Sungei Wei di Selangor menjadi syurga pekerja kilang.

BlackDogBoneTheLegend #NaniNakKerjaKilang

Jadi apa kaitannya pula antara syurga kilang dengan #NaniAdikku?

Pada era itu, gadis Melayu secara stereotaip hanya duduk di rumah. Mana yang tidak berjaya pelajaran setelah gagal SRP akan meneruskan kehidupan tipikal dan konservatif. Duduk rumah membantu ibu, atau meneruskan kerja kedesaan di bendang atau ke kebun menoreh getah.


Biasanya tanpa gaji, kerja kampung ini hanya membantu mak ayah.

Tarikan bekerja kilang mengubah semua senario konservatif ini. Gadis-gadis Melayu mahukan melakukan sesuatu, dan segera bebas dengan imej kampungan. Gadis desa sudah bosan dengan selut dan lintah. Malah, sudah sangap mengadap gigitan nyamuk dalam kebun getah.

Puluhan ribu gadis Melayu bermigrasi dati desa ke bandar.

Justeru, lagu #NaniAdikku ialah pesan seorang abang kepada adik perempuan yang bakal berhijrah ke bandar bekerja di kilang.

Momen lagu ini dipenuhi deretan bas kilang di sepanjang Jalan Kelang Lama menuju Sungei Way. Atau van mengangkut pekerja kilang dari Sungai Petani ke Seberang Prai.

BlackDogBoneTheLegend #NaniNakKerjaKilang

#NaniAdikku sinonim dengan imej gadis berseragam kilang; bekerja dari awal pagi ke larut petang dengan gelaran Minah Karan.

Berkerja antara 12 ke 16 jam sehari. Minimum enam hari seminggu. Semua ini untuk gaji antara RM300 ke RM500 sebulan.

Pada tahun 1984 gaji ayah saya sebagai buruh awam yang sudah 25 tahun bekerja, hanya sekitar RM450. Tentulah kerjaya gadis kilang dikira sangat lumayan!

Nikmati retro dicsoteque rakaman 1976. Anda akan memahami erti kasih seorang abang pada adiknya yang bakal menjadi Minah Kilang!

Inilah memori paling win BlackDogBoneTheLegend dan #NaniAdikku. – MYNEWSHUB.CC

BlackDogBoneTheLegend #NaniNakKerjaKilang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori