Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Jadikan Darah Haid...

BAGI kebanyakan orang, darah haid adalah sesuatu yang dianggap sensitif dan disifatkan sebagai kotor...

Menteri Nafi India Boikot...

KUALA SELANGOR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok menafikan wujudnya usaha pihak di...

22 Rakyat China Didakwa...

PETALING JAYA - Seramai 22 warga China termasuk dua wanita dihadapkan ke dua...

Seorang Maut, 2 Cedera...

KUCHING - Seorang lelaki maut dan dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah...

BN, UMNO Tidak Khuatir Parti Baharu Oleh Tun M

ULAANBAATAR – Barisan Nasional (BN) dan UMNO sedia berhadapan dengan mana-mana parti baharu atau pakatan pembangkang kerana yakin ia semakin kukuh dan masih mendapat sokongan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah meminta parti-parti komponen BN merapatkan barisan dan menghadapi apa juga cabaran, sama ada daripada parti pembangkang sedia ada atau yang baharu.

“Kita mahu BN terus kukuh, menang dan jadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 nanti,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Khamis.

Menurut Ahmad Zahid, kemenangan BN pada pilihan negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar menunjukkan BN terus meraih sokongan rakyat, namun ia tidak boleh terlalu yakin.

Katanya, walaupun BN tidak menafikan mereka (pembangkang) mempunyai pengaruh, ia akan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat perbandingan dan melihat prestasi pencapaian yang ditunjukkan BN selama ini.

“Sebagai negara demokrasi, kita tak boleh halang mana-mana kumpulan atau orang membuat parti baharu, mengambil alih atau menukar nama parti. Kita tahu PRU tinggal dua tahun sahaja maksimum, mereka rasakan paling baik cari pengaruh,” tambah Ahmad Zahid.

Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU ke-14.

Pakatan pembangkang yang baharu itu terdiri daripada DAP, PKR dan PAN sebagai anggotanya.


Mengulas lanjut penubuhan parti baharu itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden, berkata BN dan UMNO akan berjuang habis-habisan untuk memastikan ia terus menjadi kerajaan.

Apabila ditanya sama ada BN dan UMNO rasa tergugat dengan penubuhan parti baharu oleh Mahathir, Zahid berkata mereka akan menggunakan segala ilmu yang dicurahkan oleh bekas perdana menteri itu.

“Malahan orang yang mahu menubuhkan parti baharu berkenaan juga suatu masa menjadi pemimpin mengambil tindakan yang sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang diajar kepada kami, kami akan laksanakan.

“Dan jika orang itu berada di sebalik sana, kita akan lakukan sebagaimana yang beliau lakukan suatu ketika dulu kepada musuh politik beliau,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori