MAYBANK merupakan salah satu ‘jenama bank terbaik’ di negara dan sejak dari kecil lagi, kami sudah mengenali Maybank kerana sering mengikut ibu menggeluarkan wang di mesin ATM.
Sesuai dengan gelaran yang diterima, syarikat perbankan itu sentiasa memastikan kepuasan dalam memberi pelbagai faedah kepada pelanggannya.
Terbaharu, selepas memperkenalkan edisi kad debit yang menggunakan logo Superman, pelanggan Maybank kini boleh memohon untuk meletak gambar sendiri pada kad ATM masing-masing.
Pelanggan boleh menggunakan sebarang nilai estetik yang ingin diterapkan seperti gambar bersama keluarga, ketika melancong, gambar kenangan ataupun bersama haiwan kesayangan.
Anda bebas memilih gambar yang digemari dan perkara ini juga secara tidak langsung membuatkan pengguna menjadi lebih teruja sewaktu menggunakan di mesin ATM.
Kepada pengguna yang ingin menukar kad lama anda kepada jenis ini, anda boleh mengunjungi ke portal Maybank di sini untuk mendaftar dan kadar bayaran perkhidmatan akan dicaj sebanyak RM26.50 (termasuk GST) dan jumlah berkenaan akan didebit dari akaun anda.
Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
1. Di Bawah ‘How to apply?’Â Tekan ‘Click here’Â to apply for Debit Picture Card.
2. Pilih ‘Accept’Â di ruangan syarat dan terma.
3. Kemudian tekan ruangan muat naik gambar di ‘use custom image’.
4. Selepas selesai muat naik gambar, tekan ‘finalize’.
5. Buat pembayaran dan klik ‘continue’.
Permohonan akan di proses dalam tempoh tujuh hari dari tempoh pembayaran dan akan dimaklumkan melalui emel jika permohanan berjaya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Maybank