Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat...

Kuala Lumpur: Keputusan pelaksanaan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak berpencen dijangka bakal...

Pencapaian Dr. Nor Syahairah...

MELAKA - Pencapaian memberangsangkan pelajar perubatan dari Malaysia, Dr. Nor Syahairah Mohd Nor...

Perikatan Nasional Semakin Kukuh...

SHAH ALAM - Perubahan politik yang berlaku di Kedah menyaksikan Perikatan Nasional (PN)...

Jurujual Didenda RM5,000 Ugut...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual komponen kereta didenda RM5,000 atau enam bulan penjara...

Buah Tangan Sulung Tiesha, Lagu Untuk Filem ‘Mak Tok’

MUNGKIN ramai yang masih belum mengenali nama Tiesha Syed Latiff Shah, namun nama keluarganya tidaklah asing buat peminat seni tanah air.

Gadis berusia 17 tahun yang memiliki diploma bidang Komunikasi Massa dari Kaplan Singapore ini merupakan anak bongsu kepada penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Herdawatie.

Manakala datuk neneknya pula merupakan seniman dan seniwati terkenal negara, Allahyarham Datuk Jamil Sulong dan Dato Rosnani Jamil.

Sebagai langkah sulung bagi memasuki bidang seni, Tiesha tampil menyanyikan lagu dalam sebuah album mini berjudul Kamar Rindu dan Kau Yang Ku Panggil Cinta.

Kedua-dua lagu ciptaan S. Atan ini dihasilkan khas bagi runut bunyi filem Mawar Putih yang bakal ditayangkan 18 Ogos ini.

Buah Tangan Sulung Tiesha, Lagu Untuk Filem 'Mak Tok'
Tiesha bersama pelakon wanita utama filem Mawar Putih, Reen Rahim.

Mengulas pengalamannya merakam lagu di studio, Tiesha menjelaskan prosesnya tidaklah terlalu sukar memandangkan Rosnani yang dipanggilnya Mak Tok amat membantu.


“Untuk mendapatkan mood sewaktu merakamkan lagu ‘Kau Yang Ku Panggil Cinta’ Mak Tok memberikan filemnya yang belum dimasukkan audio untuk Tiesha tonton. Sebak juga dibuatnya namun ia adalah bonus untuk Tiesha kerana dapat menjiwai lagu tersebut dengan lebih mudah,” ujar Tiesha yang turut memiliki kebolehan bermain piano dan gitar.

Lagu Kau Yang Ku Panggil Cinta ditulis sendiri liriknya oleh Rosnani yang mesra dipanggil Mak Nani dalam kalangan penggiat seni, manakala Kamar Rindu merupakan nukilan Siso.

Mawar Merah yang diarahkan Mak Nani mengisahkan tentang cinta antara dua darjat antara Irwan yang merantau ke Malaysia lalu berkahwin dengan Tengku Zarina. Pergolakan berlaku apabila anak mereka, Aidil jatuh cinta dengan seorang gadis Padang bernama Cinta. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori