SEORANG bapa ditangkap kerana bertindak kejam merantai dan mengurung anak lelakinya di Ogun, Nigeria.
Francis Taiwo, 40, yang bekerja sebagai pastor gereja bertindak merantai tangan, kaki dan leher anaknya yang turut dikurung selama sebulan, setelah didapati mencuri makanan ibu tirinya.
Setelah diselamatkan Korede, 9, memberitahu dia tidak ingin tinggal bersama bapa dan ibu tirinya lagi selepas ini kerana sering berlapar.
“Bapa dan ibu tiri hanya beri makan dua kali sehari dan kadang-kadang langsung tiada makanan diberi. Saya mahu bersekolah semula sebab saya mahu jadi doktor satu hari nanti,” ujarnya.
Korede diselamatkan oleh pihak berkuasa Nigeria Jumaat lalu selepas menerima aduan daripada jiran-jiran. Bapanya menghilangkan diri selepas itu.
Bagaimanapun menurut sumber terdekat Korede juga mempunyai masalah suka mencuri dan lari dari rumah. Malah dia diberhentikan dari sekolah selepas ditangkap mencuri di kedai makan di sekolahnya.
Bapanya kemudian menggunakan alasan anaknya itu dirasuk syaitan untuk mengurung dan merantai Korede malah pernah dilihat membawa anaknya dalam keadaan berantai ke sungai untuk upacara ‘mandi berubat’.
Mengulas perkara ini Korede mengaku dia ada mencuri sebelum ini namun sekarang dia sudah insaf dan mahu menjadi anak yang baik serta bersekolah semula. – MYNEWSHUB.CC