Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tempias Air Pasang Besar...

ALOR GAJAH - Jangkaan nelayan di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini,...

Saya Akan Teruskan Dasar...

KUCHING - Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan...

Sambal Hitam Pahang Jadi...

BESUT - Sambal hitam Pahang yang cukup rasa masam, masin, manis, pedas dan...

Enggan Seks Dengan Militan...

BAGHDAD — Marah kerana menolak untuk melakukan persetubuhan dengan beberapa anggota militan IS,...

Arlina Banana Nak Bunuh Diri Akibat Tekanan

SEORANG penulis dan insta-famous di media sosial, Arlina Banana dikatakan mendedahkan hasrat di laman Twitter untuk membunuh diri ekoran terlampau tertekan gara-gara dibuli secara verbal di laman sosial.

arliana 1

Arlina difahamkan menerima pelbagai kutukan dari pengguna Twitter yang membalas daripada salah satu kicauannya sebelum ini yang seolah-olah ‘menggalakkan’ lagi wanita itu untuk meneruskan niatnya.

bully

twitter2

Tidak diketahui apakah nasib seterusnya yang yang menimpa wanita tersebut, bagaimanapun hasil tinjauan kami mendapati laman Twitter miliknya itu telah dipadamkan.

Di Twitter, nama Arlina Banana telah menjadi trending sehingga pengguna tidak putus-putus berkicau menghentam niat wanita itu, yang mana membuatkan lagi situasi bertambah buruk.

Arlina banana nak bunuh diri? Makan sampai mati ke?” tulis @AbdulRaouf

Arlina Banana nak bunuh diri ke? Aduh, Kamon la, lagi beberapa hari nak makan ketupat rendang sila nikmati kawan masak memasak malam ke pagi,” kata @Fateeavi

Tidak kurang juga mengatakan wanita berkenaan hanya inginkan perhatian lebih biarpun sedia merupakan seorang yang mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial.


Cyber bullies? Dia tu nak attention je lebih,” tulis @amir_ulhaq

Masalah orng muda… stress bunuh diri…. bukan nak tenangkan diri minta petunjuk dari tuhan,” kicau @kaze292

Namun, ramai juga netizen yang bertindak menyebelahi wanita itu dan meminta orang ramai berhenti membulinya.

“those yang mencemuh arlina banana tu. pls google laura barns. she’s attempt suicide too and she’s dead. is it finally happy ending? fck” kicau @Ammar_Rahmans 

Buat pengetahuan anda, mangsa pembulian siber seperti kes Arlina ini akan membuatkan mangsa mengalami tekanan perasaan yang kronik dan murung melampau.

Kesan paling teruk sehingga boleh menjurus kepada kematian sekiranya tidak menerima bantuan bimbingan secara psikologi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori