MESKIPUN Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red telah ‘meluahkan’ kenyataan bahawa dirinya menyukai heroin Hello Mr. Perfect iaitu Ruhainies dan bersedia untuk berkahwin sekali lagi.
“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, kenyataan itu seolah-olah bercanggah dengan kata-kata yang dikhabarkan kepada sebuah laman berita arus perdana menyatakan dirinya lebih mengutamakan ‘muslimah’ jika ingin menambah calon isteri.
Malah Datuk Red juga menegaskan bahawa Ruhainies bukanlah calon yang sesuai untuk dirinya.
“Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya,†jelasnya.
Menurut Datuk Red kepada laman berita itu, dia menafikan dirinya menjadi dalang disebalik penyebaran video dan gambar mesra dengan pelakon baharu itu.
Tambahnya lagi, kejadian tersebut adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti dirinya.
Jika benar seperti didakwa iaitu untuk mengejar populariti, adalah lebih baik dirinya ‘digosipkan’ dengan artis yang lebih popular.
“Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular.
“Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira. Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka,†katanya. – MYNEWSHUB.CC