Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lapangan Terbang Kulim Siap...

KAJANG - Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan kajian bebolehlaksanaan cadangan...

UUM Hasilkan Cucur Peneram...

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi menempa nama dalam Malaysia Book...

Syamsul Debat Nafi Konon...

SANGKAL... Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, menjelaskan...

Op Jalan: 315 Saman...

KOTA BHARU - Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan...

Cengkaman Buah Zakar Bawa Maut

CENGKAMAN maut. Seorang lelaki di Vietnam meninggal dunia akibat kelemasan kerana tidak boleh bernafas selepas isterinya mencengkam buah zakarnya selama lima minit setelah mereka terlibat dalam pergaduhan rumah tangga.

Cengkaman kuat daripada isterinya, Phan Thi Kim Chuong dan tindakannya yang duduk di atas perut Le Kim Khai, 53, telah mengakibatkan muka suaminya itu bertukar menjadi biru.

Phan hanya melepaskan tangannya selepas jiran-jiran mereka masuk campur namun ketika itu keadaan sudah terlambat apabila Le Kim tidak sedarkan diri dan gagal diselamatkan.

Kejadian itu berlaku apabila Le Kim dan isterinya bergaduh sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya di selatan wilayah Tien Giang.

Dia kemudiannya mengamuk apabila mendapati pintu rumahnya dikunci sementara isteri dan dua anak perempuannya enggan membenarkan Le Kim masuk.


Berang dengan keadaan tersebut, Le Kim memotong kunci terbabit dan terus menumbuk isterinya. Phan yang cuba mempertahankan diri telah menggenggam buah zakar suaminya dan kemudian duduk di atas perut suaminya.

Dia hanya melepaskan genggaman terbabit selepas polis tiba. Menurut polis, Phan sering dipukul suaminya dan tindakannya memegang buah zakar Le Kim adalah bagi memberikan amaran kepada suaminya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • zakar

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori