Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

17,105 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian Covid-19 kembali meningkat dengan 17,105 kes dilaporkan...

Ali Abd Jalil –...

APAKAH anda mengenali dan ingat Ali Abd Jalil?Seorang aktivis kontroversi yang melarikan diri...

Imigresen Pulau Pinang Tahan...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan lebih 100 warga asing termasuk...

LPF Luluskan Tayangan Filem...

KUALA LUMPUR - Lembaga Penapisan Filem (LPF) akhirnya meluluskan penayangan filem Beauty and...

Ceroboh Hutan, Pesara Tentera Dipanggil Bela DIri

TAIPING – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pesara tentera membela diri atas dakwaan pertuduhan melakukan penerokaan hutan simpan kekal tanpa kebenaran dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, A. Raman Hashim, 51.

Mahkamah menetapkan 1 Sept depan sebagai tarikh perbicaraan yang mana A. Raman memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.

A. Raman dari Jalan Bukit Merah, Bagan Serai dituduh bersama beberapa yang lain melakukan penerokaan tanpa kebenaran di Hutan Simpan Kekal Pondok Tanjung dekat Gunong Semanggol, Kerian antara 8 Jun hingga 21 Sept 2014.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 32(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 yang diguna pakai kerajaan negeri mengikut Enakmen Perhutanan Negeri 1985 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 32(2) akta sama, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum lima tahun.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun, manakala tertuduh diwakili peguam Mustafa Ghazali.

Mustafa berkata pihak pembelaan akan memanggil empat saksi pada perbicaraan tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori