Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Anggota...

KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk...

Penunjuk Perasaan Di Jakarta...

Mynewshub mynewshub mynewshub

Ringgit Ditutup Tidak Berubah...

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini walaupun...

Penyokong Liverpool Mahu Jadi...

LONDON - Kehebatan pemain Liverpool ini tidak dapat disangkal lagi. Malah nama Mohamed...

Che Ta ‘Beraya’ Di Jerman, Republik Czech, Makkah

ALAHAI, bertuahnya bergelar insan bernama Rozita Che Wan ini atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini.

Manakan tidak, setiap beberapa bulan ada sahaja destinasti pelancongan luar negara yang akan dijelajahi oleh keluarga selebriti ini. Malah, tidak terkecuali juga pada hari raya.

Che Ta 'Beraya' Di Jerman, Republik Czech, Makkah

Ini kerana pelakon, pengacara, penerbit dan ahli perniagaan ini mendedahkan dia sekeluarga akan pergi bercuti ke Republik Czech dan Jerman pada raya keempat ini.

“Insya-Allah selesai majlis rumah terbuka saya di Alor Setar, Kedah, saya bersama suami dan anak bertolak balik ke Kuala Lumpur.

“Ini kerana keesokan harinya kami akan berlepas ke Prague dan Jerman selama hampir dua minggu.

“Percutian kali ini membabitkan kami bertiga saja kerana dua anak lelaki saya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra tidak mahu turut serta.


“Mereka mahu meneruskan sambutan raya dan menghadiri rumah terbuka sanak-saudara dan rakan mereka,” katanya.

Apa yang lebih manis, setelah mereka pulang ke tanah air pada 20 Julai, mereka akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada 22 Julai ini.

Che Ta 'Beraya' Di Jerman, Republik Czech, Makkah

Dalam pada itu, Che Ta mengakui menyediakan 22 pasang baju raya setiap seorang ahli keluarganya, manakala, Aaisyah mempunyai 50 pasang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori