Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Akibat Tekanan PH, Najib...

BUNTU... Bimbang aib besar, kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terdesak apabila agensi penguatkuasaan...

Zafrul Berbaju Melayu Bawa...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat meninggalkan...

Pengguna Di Pahang Lega,...

KUANTAN - Peniaga ayam di daerah ini kini mampu menarik nafas lega apabila...

Skrin Galaxy S6 Bakal...

Desas-desus mengenai Galaxy S Edge bukan sesuatu yang baru.Seperti  sedia maklum, Samsung sedia...

Chef Riz, Shikin Maembong Sah Bercerai Jun Lalu

TIDAK mahu orang ramai terus berteka-teki tentang statusnya, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Syikin Maembong akhirnya mengesahkan telah bercerai dengan tukang masak selebriti, Chef Riz.

Menurut Syikin, mereka mengambil keputusan untuk berpisah setelah merasakan tiada jodoh sekitar bulan Jun lalu.

Bagaimana pun, Shikin enggan mendedahkan punca penceraian mereka.

“Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri.

“Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh.

“Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah.

“Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih baik dengan keluarga mentua,” katanya kepada BH Online.

Chef Riz, Shikin Maembong Sah Bercerai Jun Lalu


Spekulasi keretakkan hubungan pasangan ini bertiup kencang selepas Shikin dilihat memuat naik status kata-kata hikmah menyatakan dia kembali solo.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014 dan dikurniakan anak perempuan, Putri Arianna Natasya, yang kini berusia setahun.

Chef Riz, Shikin Maembong Sah Bercerai Jun Lalu

Sebelum ini, Riz pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia pada 2012. Namun mereka bercerai selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Riz juga merupakan anak chef terkenal, Datuk Chef Wan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori