Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat ‘Meriah’ Isu...

KUALA LUMPUR - Suasana Dewan Rakyat hari ini “meriah” seketika apabila isu pengkhianatan dibangkitkan...

“Tak Boleh Tahan Saya...

"Awak tak boleh tahan saya, sebab saya bergelar Datuk".Itu kata-kata yang diungkapkan seorang...

SapuraKencana Petroleum Peroleh Kontrak...

KUALA LUMPUR - SapuraKencana Petroleum Bhd memperoleh tiga kontrak baru berkaitan dengan kejuruteraan...

Methanol 30 Hingga 50...

MELAKA – Kandungan methanol antara 30 hingga 50 kali lebih tinggi daripada jumlah...

China Dituduh ‘Hantar’ Sampah Ke Hong Kong

HONG KONG – Pemimpin Hong Kong menyalahkan China kerana peningkatan sampah sarap di sepanjang pantai di bandar itu yang didakwa dihanyutkan dari tanah besar.

Kumpulan aktivis alam sekitar memuat naik imej dalam media sosial menunjukkan pantai di bandar itu sarat dengan sampah sarap, termasuk botol plastik dan bungkusan yang labelnya tertera tulisan Cina seperti yang biasanya digunakan di tanah besar China, bukan Hong Kong.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat pantai itu pagi semalam, Leung Chun-ying berkata, sampah berkenaan hanyut ke kawasan bandar selepas hujan lebat dan banjir melanda selatan China.

“Banyak sampah domestik mengalir ke arah Hong Kong dari tanah besar, akibat hujan lebat dan banjir yang melanda China sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Banjir bencana yang biasa berlaku ketika musim monsun di China, tetapi hujan menjadi sangat lebat tahun ini dengan banyak kawasan terjejas sejak minggu lalu.


Sementara itu, aktivis yang berpusat di Hong Kong, Gary Stokes menulis di akaun Facebooknya: “Jika dilihat sampah itu, bukan seperti barangan yang boleh ditemui di pasar raya di sini. Ia bukan seperti sampah yang biasa dibuang di pantai kami.

“Tetapi, ini bukan bertujuan menghentam China semata-mata, kerana bandar ini juga perlu menangani masalah sampah yang teruk.” AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori