SEORANGÂ lelaki warga Austria secara tidak sengaja menyebabkan isterinya terbakar akibat etanol semasa cuba melindungi ahli keluarganya daripada nyamuk di rumah mereka.
Lelaki berusia 52 tahun itu tinggal bersama keluarganya di Wernberg di daerah Villach, Austria dengan isterinya yang berusia 44 tahun dan anak lelakinya yang berusia 13 tahun itu apabila kejadian itu berlaku.
Berasakan dia mampu menghalang nyamuk dengan alkohol, si suami bertindak membuka botol yang mengandungi 96 peratus etanol. Setelah dibuka, botol itu disambar api dan menyambar isterinya yang berada berhampiran.
Terkejut dengan insiden itu, si suami dan anaknya cuba memadamkan kebakaran itu bertindak menolaknya ke dalam bilik air dan menyimbahnya dengan air.
Akibat lecuran yang dihadapi, wanita berkenaan di hantar ke hospital Klagenfurt menggunakan helikopter untuk mendapatkan rawatan.
Malah lelaki berusia 54 tahun itu juga turut menerima rawatan di hospital berdekatan kerana hanya mengalami lecuran yang sedikit sahaja.
Pihak polis tempatan percaya bahawa kebakaran itu berpunca daripada api lilin yang di atas meja yang menyambar bahan mudah terbakar itu (etanol). -MYNEWSHUB.CC