KEGEMBIRAANÂ seorang lelaki yang cuba memecah rekod dunia akhirnya berakhir di hospital apabila buah tembikai yang dililit dengan 700 getah elastik, meletup.
Lelaki dari China itu mendapat inspirasi daripada satu video yang viral April lalu yang memaparkan dua lelaki dari Amerika Syarikat berjaya mengikat 686 getah elastik sebelum ia pecah.
Mereka kemudiannya cuba memecahkan rekod terbabit dengan melakukan cubaan tersebut menerusi live-streaming.
`Tragedi’ berkenaan disaksikan oleh ratusan ribu orang selepas mereka menghabiskan masa selama sejam untuk melilit buah tembikat tersebut hingga ia menjadi kecut lalu meletup.
Kesan serpihan buah tembikai berkenaan turut terkena seorang lelaki hinggakan mukanya menjadi bengkak dan terpaksa dirawat di sebuah hospital. – MYNEWSHUB.CC