Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mengaku Ajelah Tak Mampu...

BANK Dunia mengesahkan hutang negara terkawal dan agensi rating antarabangsa pun tidak menyebut...

‘Gambar Saya Di Belakangnya...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu semua pihak termasuk pembangkang...

Yingluck Didapati Bersalah, Dihukum...

BANGKOK – Mahkamah Agung Thailand Rabu mendapati bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bersalah...

Ramadan Era ‘New Normal...

SHAH ALAM - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Senator...

Dadah: Kontraktor Dihukum Gantung Sampai Mati

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan warga India dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 3993.7 gram ketamin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Mohammed Idrees Contractor, 57, penuh dengan penafian dan rekaan semata-mata.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Bangunan Terminal Utama KLIA, kira-kira 7.30 pagi pada 23 Dis 2012. Dadah itu ditemukan di dalam tiga bagasi yang dibawanya.

Mohammed Idrees Contractor didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Hakim Ghazali berkata tertuduh dalam pembelaannya memberitahu bahawa ketiga-tiga bagasi itu diberikan oleh rakan perniagaannya bernama Ali @ Selva yang meminta bantuan tertuduh untuk membawanya ke Malaysia.

Bagaimanapun, Ghazali berkata kegagalan tertuduh untuk memanggil Ali memberi keterangan menjadikan pembelaan tertuduh sebagai satu keterangan dengar cakap (hearsay).

“Alasan-alasan yang diberikan oleh tertuduh hanya rekaan semata-mata. Walaupun saksi kedua pembelaan memberitahu bahawa dia melihat Ali serahkan bagasi pada tertuduh tetapi beliau adalah adik tertuduh dan merupakan saksi berkepentingan.


“Saya juga setuju dengan pihak pendakwaan bahawa sebagai seorang frequent traveller (kerap mengembara), sepatutnya tertuduh boleh menghidu perbuatan Ali tetapi tertuduh langsung tidak peduli untuk periksa bagasi itu yang berada di rumahnya kira-kira tiga hari, justeru tertuduh memang ada pengetahuan bahawa dadah yang disorok di dalam bagasi berkenaan untuk diedar ke Malaysia,” katanya.

Tambah Hakim Ghazali, tertuduh juga seorang berpelajaran tinggi dan sepatutnya dia lebih peka tetapi tertuduh memilih untuk ‘menutup mata’ terhadap kewujudan dadah tersebut.

Mengenai penemuan artikel berkaitan dadah di dalam telefon bimbit milik tertuduh, beliau berkata lelaki itu gagal menjelaskan mengenai perkara tersebut, malah menafikan ia adalah miliknya walaupun telefon bimbit itu disenarai sebagai barang rampasan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Kastam Diraja Malaysia, Zuraidah Zakaria sementara tertuduh diwakili peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori