KETUA Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan yang dikatakan telah menghina seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Dalam kenyataannya, David mendakwa kehidupan seniman P. Ramlee berakhir dengan kemiskinan dan dia tidak mahu pelakon yang dilahirkan olehnya mendapat nasib yang sama seperti P. Ramlee.
BACA:Â David Teo Tak Mahu Artisnya Merempat Macam P. Ramlee
Persiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya menyifatkan perkara itu sebagai perkara yang biadap dan kurang ajar dan mendesak David memohon maaf secara terbuka.
Selepas menerima hentaman dan kritikan, David yang kini berada di Beijing, China tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman web rasmi Metrowealth.
David memohon maaf kepada ahli keluara P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang turut terguris dengan kenyataannya sebelum ini.
JUGA BACA:Â Hina P. Ramlee, Zed Zaidi Gesa David Teo Mohon Maaf
Walau bagaimanapun, David mendakwa bahawa kenyataan berkaitan P.Ramlee itu telah disalah tafsirkan oleh pihak yang mendengar dan kemudian telah menyampaikan cerita yang salah didalam artikel berkenaan.
Dia juga mengakui tidak pernah berniat untuk menghina seniman agung P. Ramlee dan mengatakan bahawa dia hanya mahu barisan artis di bawah pengurusan syarikatnya berdisiplin serta berilmu supaya tidak menjadi mangsa penipuan. – MYNEWSHUB.CC