1. DAP dikatakan telah mencemar sistem demokrasi sekiranya pilihan raya mengejut di Pulau Pinang diadakan semata- mata sebagai referendum demi meraih simpati dan sokongan rakyat kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kini berhadapan dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
2. Kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup menyalahgunakan pilihanraya untuk sebagai ‘pelampung penyelamat’ Guan Eng semata- mata kepentingan parti dan peribadi pemimpin mereka serta membebankan rakyat di Pulau Pinang asalkan agenda politik mereka tercapai. Jika diadakan Pilihanraya Negeri sebelum perbicaraan di mahkamah akan membolehkan DAP dan Guan Eng memainkan sentimen dan emosi rakyat agar mempercayai pertuduhan rasuah ke atas Guan Eng adalah mangsa politik.
3. Dalam situasi ini, DAP tidak sepatutnya menjadikan rakyat Pulau Pinang sebagai mangsa politik rakus dengan memberi cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sekiranya DAP berani dan kuat di Pulau Pinang, semua ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP sendiri yang letak jawatan bahkan tidak perlu mengheret kerusi dari parti lain sehingga mencadangkan pembubaran DUN.
4. Tindak-tanduk DAP yang angkuh lagi tamak perlu ditundukkan. Kalau piliharaya umum yang lalu, DAP bertandingkan 19 kerusi daripada 40. Namun kini, mereka ‘berselera tinggi’ mahu 25 kerusi. Kegagalan DAP dan PKR dalam mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi menyebabkan rancangan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang jelas menunjukkan kelompongan kepimpinan pembangkang untuk mentadbir negara. Tiada parti politik yang mampu menggabungkan parti komponen sebanyak 13 buah parti selain Barisan Nasional. Parti kerajaan yang stabil adalah mercu tanda kepada perpaduan dan kesejahteraan. Bukan menjadikan rakyat sebagai boneka politik tetapi membela kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat sebagaimana Barisan Nasional bawakan.
YB Dato’ Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor
merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO